Saturday, 27 July 2013

JJCP UK & Paris : Day 07 (Part #2)

Tarikh:
17 November 2012
Lokasi kejadian:
Carter Bar - Elland Road - Doncaster

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Perjalanan dari Carter Bar ke Leeds agak jauh, tapi melalui highway A1. Mula-mula saya bercadang nak singgah di Gateshead untuk melihat Angel of the North, replika patung besar yang berdiri megah di tepi highway A1. Lagipun lokasi tu berada dalam route perjalanan ke Leeds. Tapi disebabkan GPS tak dapat nak locate kedudukan sebenar, maka kami pun try and error. Memang betul pun, lepas try terus jadi error. Huhu.. Kami salah laluan, terus masuk ke bandar Newcastle. Siap lalu depan Stadium St. James' Park lagi. Nak pegi Leeds United terus jumpa Newcastle United. Yang buat tension kena redah jalan yang sedikit jem kat bandar. Saya terus set balik GPS untuk ke Elland Road. Alhamdulillah akhirnya berjaya semula masuk ke highway A1. Takde rezeki nak tengok Angel of the North dari dekat. Perjalanan atas highway A1 amat lancar menuju ke Leeds.
 
(A) Carter Bar to (B) Elland Road = 240 km
@ Elland Road

Jam 1.00 petang, setelah lebih 240 km bercampur sesat saya memandu, akhirnya kami selamat sampai ke destinasi impian saya, Leeds United Football Club. Terharu saya bila dapat menjejakkan kaki di sini. Senyum dan gembira tak terkata. Tak sangka sebelum ni hanya dapat tengok kat TV dan internet, sekarang dah betul-betul live depan mata. Alhamdulillah. Seperti yang dijangka, tak ramai pun orang kat sekitar stadium. Berbeza dari Liverpool dan Manchester United. Orang Malaysia memang lagilah confirm tak ada. Takpe, yang penting seorang die hard fans from Malaysia dah bersedia nak explore dalam LUFC Superstore, meninjau apa yang patut. Hehe..

Sudah sampai.. Yezzaa..
I am Leeds United fans from Malaysia
Souvenir menjelang Krismas dah mula dijual
Sudah mula memilih souvenir nampaknya.. Hehe
Agak mahal jugak barang-barang yang dijual kat Superstore ni. Tapi takde lah semahal Liverpool dan Manchester United. Yelah kan, divisyen pun berlainan. Saya membeli beberapa souvenir untuk kenangan sebagai peminat tegar Leeds United. Yang paling tak best dalam Superstore ni masa nak membayar di kaunter. Punya la sombong cashier yang jaga kaunter tu. Pandang pun slack je. Mentang-mentang la kami ni orang Asia, dia buat tak layan je. Saya nak mintak VAT untuk tax-free pun dia buat tak tau. Mungkin dia tak pernah tengok orang Malaysia datang ke sini kot. Boleh jadi jugak tu. Tapi tak boleh la camtu kan. Dia kena la respect sikit kat peminat yang datang dari seluruh dunia. Sekurang-kurangnya saya dah menyumbang sikit untuk sales hari ni. Nasib baik tak jumpa borang complaint kat situ. Hehe.. Biarlah, budak-budak pun lagi cashier tu. Sebelum kami meninggalkan Elland Road, kami bergambar di sekitar stadium. Memang ada hajat nak masuk stadium tour tapi cepat sehari dari program. Stadium tour hanya available on Sunday je. Tak sempat rasanya nak datang balik esok sebab banyak lagi lokasi yang nak diteroka. Dapat bergambar luar stadium pun jadilah sebagai kenangan seorang peminat tegar Leeds United dari Malaysia. Yang penting saya dah merasa sampai di sini. Alhamdulillah..

Replika Billy Bremner, one of the greatest Leeds United player
Bergambar depan pintu masuk East Stand pun jadi laa..
Yang ni pulak Don Revie, best manager in Leeds United history
Marching On Together!!
Setelah saya berpuas hati dengan gambar-gambar yang dah diambil, kami mula meninggalkan Elland Road. Jam 2.30 petang kami menuju ke Doncaster. Mulanya saya berhajat nak bermalam di Leeds, tapi masa saya booking hotel tak jumpa pun rate yang murah. Travelodge pun agak mahal. Mungkin malam minggu kot. Travelodge yang murah dan paling dekat dengan Leeds adalah di Doncaster. Takde masalah, lagipun kat Doncaster ada car boot sales dan factory outlet. InsyaAllah ada rezeki sempatlah kami singgah.

@ Doncaster

(A) Elland Road to (B) Travelodge Doncaster Lakeside = 60 km
Perjalanan yang lancar. Alhamdulillah..
Perjalanan dari Elland Road ke Doncaster mengambil masa sejam 30 minit. Jam 4.00 petang kami check-in di Travelodge Doncaster Lakeside. Bayaran bilik adalah GBP31.00. Itu yang paling murah saya dapat. Mungkin sebab malam minggu harga bilik hotel mahal sikit kot. Takpelah, rasanya masih murah lagi. Agak baru jugak hotel ni. Cantik pemandangan sekitarnya. Ada tasik kat belah belakang hotel menambahkan lagi keindahan persekitaran. Kami masuk ke dalam bilik yang terletak di tingkat 3. Nasib kami baik sebab dapat pemandangan tasik. Fantastic view!

Harga bilik Travelodge Doncaster Lakeside yang masih agak murah
Travelodge Doncaster Lakeside.. Memang nampak baru
Sudah bersedia nak unload barang ke bilik hotel
Lake view from our room window.. Superb..
Cuaca dah mula senja. Setelah berehat seketika, kami turun semula untuk berjalan cuci mata di Lakeside Village Outlet yang terletak 500 meter dari hotel. Walaupun dekat je tapi saya tetap memandu sebab lepas tu nak mencari makanan untuk dinner. Harap-harap adalah makanan yang halal di Doncaster, insyaAllah.. Saya lupa nak ambil gambar di sekitar Lakeside Village Outlet. Apa-apa pun suasana shopping kat sini amat selesa, sama seperti kat Fort Kinnaird Retail Park, Newcraighall. Saya ternampak sepasang kasut boot Clarks yang berharga GBP19.00 je. Terasa rugi bila tak beli sebab rasanya kalau kat Malaysia mau RM200+ harga boot tu. Takpelah, dah takde rezeki.. Bila cuaca dah mula gelap sepenuhnya, kami mula mencari makanan halal kat sekitar outlet ni. Malangnya tak ada pun. Restoran KFC ada tapi tak halal. Kami pun meronda ke luar sikit dari kawasan. Akhirnya kami berjumpa dengan satu restoran take away halal. Namanya Tandoori Palace Take Aways. Alhamdulillah. Dah lama rasanya tak makan nasik. Huhu.. Terus order nasik dengan lauk kari kambing dan beberapa lauk yang lain. Tak sabar nak balik hotel makan sepuasnya..

Baru selesai order makanan
Dalam setengah jam kami menunggu makanan siap. Cara tapau kat sini guna bekas aluminium dan disusun dalam kotak. Takde beg plastik pun digunakan. Saya pun terus bayar GBP13.35 dan bawa kotak ke kereta. Kami terus menuju ke bilik hotel. Perut dah memang lapar yang amat sangat. Dinner time!..

Macam ni cara makanan yang ditapau. Hehe..
Alhamdulillah.. Perut pun sudah kenyang. Saya sempat lagi membelek majalah LUFC Merchandise dan barang-barang souvenir yang dibeli.. Jam pun dah masuk kul 9.30 malam. Esok harapnya bukaklah car boot sale di Keepmoat Stadium yang terletak 1 km dari hotel. Kebanyakan car boot sale tutup bila masuk waktu winter. Sape yang tahan nak meniaga musim sejuk. Huhu.. Tapi saya dah check dalam internet, car boot sale di sini bukak sepanjang tahun. Harapnya begitulah. Teringin nak tengok pasar minggu orang putih camna.. Ada kawan bagitau barang yang dijual walaupun 2nd hand tapi nampak macam baru dan harga pun murah melampau. Takpe, esok kita tengok camna.. Wallahualam..

Baca katalog LUFC Merchandise sampai tertidur..
Day 07: Total distance traveled = 385 km

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Travelodge : RM155.00
  - Dinner         : RM66.25
  - Jumlah        : RM221.25

**Day 07 Expenses : RM326.25

*Website yang membantu:

Angel of the North

Leeds United Football Club

Travelodge Doncaster Lakeside

Lakeside Village Outlet

My Pictures Video
video

No comments:

Post a Comment