Thursday 30 May 2013

JJCP UK & Paris : Day 06 (Part #1)

Tarikh:
16 November 2012
Lokasi kejadian:
England-Scotland Borders - A7 Historic Route (Langholm-Hawick-Selkirk)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6 pagi kami dah bangun. Breakfast masih lagi mee segera. Huhu.. Takpelah, balik Malaysia nanti nak makan puas-puas, bayar hutang makan. Hehe.. Kami bersiap-siap untuk check-out. Hari ni nak masuk Scotland. Dengar cerita orang Scotland ni baik-baik belaka. Entahlah. Nanti sampai sana baru tau betul ke tak. Jam 7.15 pagi kami check-out hotel. Bergambar kenangan di luar hotel. Cuaca lagi sejuk hari ni berbanding hari sebelumnya. Mungkin dah makin masuk winter makin sejuk. Harap-harap salji tak turun. Nanti jenuh nak berjalan-jalan. Tak berani jugak nak memandu time salji. Takde experience lagi.

Bersiap-siap untuk perjalanan hari ni
Cuaca memang sejuk pagi ni..
Perjalanan ke Scotland melalui route A7. Saya dah google semua route ke Edinburgh tapi rasanya A7 yang paling cantik pemandangannya. Ia juga dipanggil Borders Historic Route to Edinburgh. Sama seperti di sempadan England-Wales, saya teringin nak bergambar di signboard sempadan. Route A7 ada signboard kat hentian sebelah. Dari hotel, perjalanan ke England-Scotland borders hanya 40 minit je. Itupun sebab saya bawak perlahan sebab kabus tebal. Biar lambat asal tak kena saman.. Hehe..

@ England-Scotland Borders

Kami sampai di England-Scotland borders jam 7.50 pagi. Ada hentian sebelah kat signboard. Kami terus bergambar sebagai kenangan. Orang yang lalu kat situ semua tengok kami bergambar. Mungkin pelik sebab gambar signboard pun nak diambilnya. Tourists, semua tempat pun jadi.. Hehe..

(A) Premier Inn Carlisle Central North to (B) England-Scotland Borders = 17 km
Kami nak masuk Scotland!
Bergambar kenangan di sempadan..
Tambah koleksi negara yang dah dijejaki. Alhamdulillah..
@ Langholm

Perjalanan diteruskan di bumi Scotland. Kelihatan kabus bawah bukit di kiri dan kanan jalan. 10 minit perjalanan kami sampai di pekan Langholm. Takdelah besar sangat pekan dia. Masih dalam kawasan countryside. Pemandangan tetap menarik. Sungai yang mengalir jernih di sepanjang pekan membuatkan pemandangan menjadi lebih berseri. Terkejut saya bila jalanraya kat tengah pekan teramatlah sempitnya. Nasib baik tak banyak kereta yang lalu pagi-pagi ni.

(A) England-Scotland Borders to (B) Langholm = 13 km
Kabus di awal pagi
Mula memasuki pekan Langholm
Jalan yang sempit di tengah pekan
Takde orang memancing ke kat sini?
Setelah melepasi pekan Langholm baru kami terjumpa signboard A7 Historic Route to Edinburgh. Pemandangan bukit di kiri dan kanan jalan memang cantik. Nampak macam gambar lukisan je. Rupanya banyak castle di sepanjang route ni. Tapi kami tak singgah pun. Takut tak sempat nak explore Edinburgh. Isteri saya tak berhenti mengambil gambar. Subhanallah, sungguh indah pemandangan.. Berkaca-kaca mata bila dapat melihat keindahan bumi ciptaan Allah. Manusia yang berakal dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam sekitar pinjaman dari yang maha Esa. Cuma ada yang masih belum sedar lagi. Termasuklah saya sendiri. Sesungguhnya perjalanan yang dilalui dan pemandangan yang dilihat telah menginsafkan diri ini..

A7 Borders Historic Route to Edinburgh
Kawasan sekitar yang luas saujana mata memandang
Tak banyak pun kereta yang lalu
Kambing biri-biri sentiasa berada di mana-mana
One of my favourite view..
Signboard Scottish Borders
Tak tau camna nak describe kecantikan pemandangan di route A7 ni
@ Hawick

Ada jalan highway untuk ke Scotland tapi kena masuk ke Glasgow dulu. Lagipun saya lebih sukakan jalan kampung yang memang cantik pemandangannya. Seterusnya jam 8.50 pagi kami memasuki pekan Hawick. Agak besar pekan ni berbanding pekan Langholm tadi. Tapi struktur bangunannya yang mengekalkan konsep zaman dulu tetap sama dengan pekan-pekan yang lain. Sebab tu dipanggil historic route kot. Sesiapa yang inginkan pemandangan indah dan bersejarah memang saya rekemen lalu route A7 ni. Sejuk mata memandang..

(A) Langholm to (B) Hawick = 37 km
Entering Hawick
Besar jugak pekan Hawick ni. Ada kolej kat sini
Bangunan kat tengah pekan Hawick
Yang tu rumah teres atau townhouse kot
@ Selkirk

Kami tak singgah pun pekan Hawick ni. Kalau boleh memang nak berhenti kat semua pekan tapi apakan daya. Main priorities is Edinburgh. Lagipun daylight pendek. Pemandangan dari dalam kereta pun dah cukup puas. Alhamdulillah.. Dari Hawick kami teruskan perjalanan ke Selkirk. Dekat je, 10 minit dah sampai Selkirk dari Hawick. Pekan Selkirk terletak di lereng bukit. Kejap kat atas bukit, pastu turun bukit balik. Itu yang membuatkan pemandangan pekannya cantik. Kami lalu petrol station Shell. Tengok minyak, masih ada lebih separuh tank. Sempat sampai Edinburgh ni. Memang jimat naik kereta hibrid ni. Dapatlah save sikit duit petrol. Pemandangan jalan di atas bukit memang mengujakan. Tenang dan aman.

(A) Hawick to (B) Selkirk = 18 km
Shell Selkirk di atas bukit
Amat indah pemandangan dari atas bukit
Di tengah pekan Selkirk
Jalanraya sama macam kat pekan lain tadi.. Sempit..
Alangkah tenangnya kalau dapat duduk kat kerusi ni
Keluar dari pekan Selkirk jam 9.20 pagi. Saya mula perasan jalanraya makin lama makin sempit. Bila tengok kat GPS memang betul route yang ditunjukkan. Bila check balik rupanya kami dah terkeluar dari route A7. Maybe GPS ni tunjuk shortest distance kot, sama macam kat Swindon haritu. Takpe, baik ikut je route yang diberi. Nak patah balik takut lambat. Dah la jalan sempit takde line, naik turun bukit lak tu. Harap cepat masuk route A7 balik. Huhu.. Pemandangan still superb. Kami ternampak kincir angin kat hujung bukit. Nak berhenti tak boleh, just amik gambar dari dalam kereta je. Cukup lah tu..

Takut jugak kalau lalu waktu malam. Naik bukit..
Turun bukit pulak..
Line takde pulak.. Huhu..
Kelihatan windmill versi baru kat hujung bukit tu
Tak tau apa nama tempat ni..
Setelah 15 minit perjalanan, kami dah masuk balik route A7. Bypass pekan Galashiels. Perjalanan di route A7 melalui padang ragut yang lapang dan luas. Matahari mula memancar tapi cuaca tetap sejuk. Jam 10.20 pagi kami sampai di Sheriffhall Park and Ride. Kami memang taknak bawak kereta masuk sampai tengah bandar Edinburgh. Takut susah nak cari parking dan takut jalan jem. Banyak kawasan park and ride yang disediakan kat sekitar luar bandar Edinburgh. Mudah untuk parking dan naik bas ke Edinburgh. Parking pun free. Kami menunggu di hentian bas. Tengok pada parking space rasanya tak ramai orang naik bas hari ni. Cuaca teramatlah sejuknya walaupun nampak macam panas terik. 15 minit menunggu dalam kesejukan akhirnya bas sampai. Bayaran yang dikenakan untuk ke Edinburgh cuma GBP1.40/person. Sistem bayaran bas kat sini sama macam kat London, cuma Oyster card takleh guna. Nilai bayaran sama untuk ke mana-mana destinasi. Walaupun dari first station ke second station tetap kena bayar GBP1.40, sama jugak kalau ke last station. Kena sediakan duit kecik sebab baki takkan diberi. Ada macam-macam jenis tiket yang dijual. Ada yang untuk 3 hari, seminggu dan sebulan. Kami beli untuk one day sebab just hari ni je nak ronda Edinburgh. Harap-harap puas meronda walaupun sehari. Wallahualam..

(A) Selkirk to (B) Sheriffhall Park and Ride = 54 km
Luas pemandangan
Nampak macam panas terik.. Tapi, sejuk yang amat!
Di Sheriffhall Park and Ride. Tak sempat nak naik bas kat belakang tu..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Lothian bus : RM14.00
  - Jumlah        : RM14.00

*Website yang membantu:

A7 Scottish Borders

Park and Ride

JJCP UK & Paris : Day 05 (Part #2)

Tarikh:
15 November 2012
Lokasi kejadian:
Castlerigg Stone Circle - Carlisle

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 2 petang kami meneruskan perjalanan ke Keswick. Saya ada terbaca dalam satu website, kat Keswick ada satu tempat misteri stone circle, sama macam Stonehenge. Namanya Castlerigg Stone Circle. Ianya takde lah famous sangat seperti Stonehenge, tapi lokasinya yang terletak kat atas bukit nampak menarik. Sepanjang perjalanan ke sana saya tak berhenti merasa kagum dengan keindahan pemandangan sekitar. Memang teramatlah cantiknya bumi ciptaan Tuhan. Cuaca yang mendung menambahkan lagi kecantikan pemandangan. Saya sempat berhenti seketika untuk mengambil gambar yang saya rasakan paling cantik pernah saya tengok di UK setakat ni. View bukit yang landai dan ada sebijik rumah kat tengah-tengah. MasyaAllah cantiknya. Kalaulah rumah tu sedara saya punya kan best. Dah tentu saya singgah sehari dua kat situ. Hehe..

(A) Waterhead to (B) Castlerigg Stone Circle = 26 km
Berhenti kejap untuk tengok pemandangan yang cantik
MasyaAllah cantiknya..
Pemandangan di kejauhan.. Seberang jalan je. Hehe..
Latar belakang yang superb.. Beautiful.. Macam dalam kalendar..
Setelah puas melihat kecantikan pemandangan, kami meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan senyum tak berhenti. Sangat-sangat cantik!. Satu yang menarik tentang jalanraya kat UK ni, banyak hentian sebelah disediakan. Setiap 4-5 kilometer mesti ada hentian. Sesuai untuk tourists nak berhenti amik gambar pemandangan. Nak berhenti kat bahu jalan takut kena saman je. Ada sorang kawan saya pernah kena tahan sebab berhenti kat bahu jalan, bukan kat hentian sebelah. Nasib baik tak kena saman. Huhu..

View bukit di kiri dan kanan jalan..
Laluan di tepi tasik
Kenangan yang tak boleh dilupakan..
@ Castlerigg Stone Circle

Jam 2.30 petang kami dah sampai di Keswick. Kami mencari jalan untuk ke Castlerigg Stone Circle. Agak susah sebab dalam GPS takde tunjuk route nak ke sana. Kami mencari signboard yang ada sebagai panduan. Siap salah masuk jalan lagi kat tengah pekan Keswick. Huhu.. Saya cuba ingat balik lokasi Castlerigg yang saya pernah tengok dalam Google Maps. Agak lama jugak kami sesat kat Keswick ni. Last-last saya berhenti kat tepi sekolah, open map kat GPS, enlarge dan try and error point dalam map. Lokasinya dekat dengan pekan tapi masih tak jumpa. Akhirnya saya jumpa jalan yang saya masih ingat dalam Google Maps. Memang tak ditulis pun Castlerigg Stone Circle dalam map tu. Tapi saya agak yakin itulah lokasinya. Jalan ke sana naik bukit dan sempit. Hanya muat untuk satu kereta je. Kalau bertembung memang kena berhenti. Risau kereta calar je. Nanti senyum je staf Green Motion bila return kereta. Huhu.. Akhirnya setelah hampir setengah jam sesat, kami sampai ke destinasi. Ada jugak tourists lain disitu. Ada masa sejam setengah lagi sebelum cuaca gelap. Kami terus berjalan naik bukit ke Castlerigg Stone Circle. Tak perlu bayaran untuk parking dan entrance seperti Stonehenge, tapi view masih tetap cantik.

Sampai sudah di Keswick
Info tentang Castlerigg Stone Circle di pintu masuk..
Castlerigg Stone Circle ni terletak kat atas puncak bukit. Angin yang bertiup tanpa halangan membuatkan keadaan makin sejuk. Castlerigg Stone Circle ni dah lama wujud dan menjadi misteri sebab kedudukan batunya berbentuk bulatan yang besar. Harap takde unsur-unsur halus dan mistik yang masuk dalam badan kami ataupun ikut kami balik. Nauzubillah.. Huhu.. Niat kami cuma nak melawat. Semua kejadian misteri ni adalah kuasa Tuhan yang masa Esa.

Saiz batu dia kecik je. Tak macam Stonehenge dan Avebury.
Kalau kat Stonehenge takleh nak pegang macam ni..
Bergambar berdua di tepi Stone Circle. Sejuukk..
Kat kawasan sekitar batu tu ada pagar yang mengasingkan kawasan Castlerigg Stone Circle dan tanah penduduk di situ. Kelihatan banyak kambing biri-biri yang berkeliaran di lereng bukit. Kami melihat dari dekat, banyak betul warna kat kambing biri-biri tu. Mungkin sebagai penanda tuannya. Takut orang lain declare dia punya kambing kot.

Kambing biri-biri di lereng bukit. Pagar dawai biasa je..
Kaler merah ada, biru pun ada.. Camna tuan dia nak recognize, entahlah..
Menuruni bukit untuk balik ke kereta..
Castlerigg Stone Circle. Pandangan dari atas..
@ Carlisle

Jam 3.30 petang kami meneruskan perjalanan. Puas hati dapat melihat Castlerigg Stone Circle, walaupun tak berapa popular tempat ni. Cuma memang ada dalam itinerary kami untuk ke sini. Seterusnya kami terus ke Carlisle untuk check-in hotel. Kat tengah bandar Carlisle ada satu castle. Ada cadangan nak ke sana tapi disebabkan kami pasti cuaca dah gelap bila bila sampai di sana maka kami terpaksa batalkan. Kami singgah sebentar di The Rheged Centre, Penrith. Natures call.. Hehe.. Perjalanan diteruskan. Kami sampai di bandar Carlisle jam 4.45 petang. Cuaca dah gelap. Kami singgah sebentar di Aldi Store untuk membeli makanan ringan sebagai peneman dalam kereta untuk perjalanan esok. Mula-mula kami nak mencari kedai makanan halal kat tengah bandar Carlisle. Kami jumpa tapi tak jumpa parking berdekatan. Takpe, makanan ringan pun boleh je..

(A) Castlerigg Stone Circle to (B) Premier Inn Carlisle Central North = 62 km
Selesai membeli apa yang patut di Aldi Store, kami terus ke Premier Inn Carlisle Central North. Saya dah mencari Travelodge di Carlisle tapi harganya sama dengan Premier Inn. Lebih baik amik Premier Inn, lebih selesa. Jam 5.30 petang kami check-in hotel. Dapat harga GBP29 + GBP2 (credit card fee) = GBP31. Receptionist hotel ni sangat baik. Rasanya semua hotel memang macam tu kot. Kami dapat bilik yang agak jauh ke dalam. Badan terasa amat penat. Banyak kami menggunakan pengangkutan kaki hari ni. Huhu.. Tak pasti pukul berapa saya dah tak sedarkan diri.. Menanti pengalaman baru di negara lain pulak esok.. Scotland, here we come! Adakah orang Scotland lebih polite and friendly dari orang England dan Wales? Wallahualam..

Premier Inn Carlisle Central North
Day 05 : Total distance traveled = 228 km
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Snacks          : RM32.50
  - Premier Inn : RM155.00
  - Jumlah        : RM187.50

**Day 05 Expenses : RM473.90

*Website yang membantu:

Aldi Stores

Castlerigg Stone Circle

Premier Inn Carlisle Central North

Carlisle

My Pictures Video