Thursday 27 February 2014

JJCP Japan: Berita di bulan terakhir..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam sebulan lebih lagi sebelum hari kejadian, saya terima satu berita gembira. Rakan se'guru' saya, Fa yang saya pernah ajak join masa awal tahun haritu akhirnya nak ikut sekali trip ke Jepun. Dia dan suaminya, abang Fikri tetiba berminat nak join lepas tengok satu cerita kat TV pasal Jepun. Bestnya kata dia. Hmm, tu la. Dulu saya ajak tapi dia taknak. Bukan taknak, tapi takde respon pun. Huhu.. Takde masalah pun nak ikut last minute. Cuma bab tiket flight yang mungkin menjadi masalah. Harap-harap ada lagi. Wife saya pernah sekali call Air Asia bertanyakan tentang tiket flight. Walaupun dalam online kata dah sold out, tapi rupanya still ada lagi beberapa seat yang diorang reserve. But harga memang takkan sama dengan dalam online. So, Fa pun mencari tiket flight yang sama tarikh dengan saya. Malangnya tiket MAS dah totally sold out. Yang tinggal cuma Air Asia. Cuba adjust, akhirnya dapat beza waktu lewat 2 jam untuk flight ke Osaka. Tapi time balik nanti waktu flight sama. Ok lah tu. Saya boleh je tunggu kejap kat Kansai Airport tu. Takde masalah pun.. Harga tiket pulak dah tentu mahal dari apa yang saya dapat. Tapi jika nak dibandingkan dengan pengalaman yang bakal dihadapi, apa lah salahnya bayar lebih sikit pun.. Hehe..

Ada rezeki boleh dapat last minute deals.. (Ihsan Google Images)
Dah selesai beli tiket flight, saya tolong Fa dan suami uruskan hal di JTB. Jumpa Erina lagi sekali untuk beli pakej tour dan JR Pass. Bukan main suka Erina bila kami datang jumpa dia buat kali kedua. Dapat komisen lebih la tu. Hehe.. Nice person always get nice rewards. Saya juga tolong bookingkan hotel untuk diorang melalui booking.com sebab tak perlu nak bayar dulu dan boleh cancel last minute. Kat Osaka saya berjaya dapatkan hotel yang sama. Tapi di Tokyo saya terpaksa carikan hotel berpatutan yang berdekatan dengan hotel saya sebab rate Prince Hotel teramat tinggi kalau beli tanpa diskaun atau promotion. Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah hal booking and buying di sana.

Booking.com antara website yang boleh dipercayai. (Ihsan Google Images)
Beberapa hari sebelum hari kejadian, saya sempat berbincang dengan Fa tentang itinerary yang saya dah siapkan dan apa bekalan yang perlu dibawa ke sana. Dia setuju dengan plan saya sebab kalau tak setuju susah dibuatnya. Takut berpecah pulak kat sana nanti. Harap dia dan suami sukalah hendaknya. Dia juga sanggup berkongsi bayar duit pocket Wi-fi sebab senang nak update facebook katanya. Hehe.. Untuk satu pocket Wi-fi ni, up to 10 users boleh guna. Save sikit. Apa yang penting dia tau yang trip ni independent, memang letih sikit. Itu yang saya bagitau siap-siap kat dia. Suruh dia prepare dari segi mental dan fizikal.. Hehe.. Kalau tak suka dah tentu dia tobat taknak ikut kami dah untuk trip yang berikutnya.. Nanti dah takde geng nak ajak jalan-jalan cari pengalaman.. Bukannya senang nak dapat geng yang sama hobi macam nih. Huhu..

Keep cool and calm!.. (Ihsan Google Images)
Hari yang ditunggu makin tiba.. Kami dah mula menyiapkan beg-beg kami. Make sure takde apa yang tertinggal. Kamera jangan dilupakan. Setakat cerita tanpa bukti, ramai yang tak percaya nanti. Hehe.. Perjalanan mencari pengalaman hidup di negara Jepun bakal dilalui oleh 4 sekawan.. Menarik atau tidak? Yang penting puas dan berbaloi, insyaAllah.. Harap selamat semuanya.. Wallahualam..

Rugi kalau tak bergambar view macam ni.. (Ihsan Google Images)
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Pocket Wi-fi : - RM100.00
  - Jumlah          : - RM100.00

JJCP Japan: Persiapan #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Persiapan ke Jepun sudah hampir 70% siap. Tinggal nak selesaikan beberapa perkara yang juga dirasakan penting. Trip yang terdahulu dijadikan panduan untuk penambahbaikan trip yang seterusnya.

# Pasport & Visa

Yang ni dah tentu paling penting. Kena check expiry date, takut tinggal kurang dari 6 bulan dah tak boleh pakai. Pasport kami masih valid lagi. Dah sedia renew masa trip ke Indonesia. Siap buat pasport version baru lagi, yang ada logo ICAO kat depan. Memang kena ada logo ni untuk ke Jepun. Baru boleh dapat visa exemptions. Bermula dari 1 Julai 2013, kerajaan Jepun telah memansuhkan penggunaan visa untuk rakyat Malaysia yang melawat Jepun kurang dari 90 hari. Maka tak perlulah kami nak apply visa untuk ke sana. Bila baca blog tourists yang dah pernah ke sana di zaman visa, nampak macam leceh jugak masa nak apply. Yang tak tahan tu bila kena tunjuk baki akaun yang mesti ada at least RM10,000.00. Baru boleh nak dapat visa. Nampak sangat Jepun adalah negara yang tinggi kos hidupnya. Takut tourist mati kelaparan sebab barang kat sana semuanya mahal belaka. Huhu.. Sebab tu nak kena tunjuk bukti ada standby duit yang banyak kot. Entah la.. Yang penting sekarang dah tak perlu guna visa. Lagi ramai tourists boleh ke sana. Sebab tu la promo hotel and tours yang kami booking tu namanya Visa Waiver Promo. Sempena meraikan pemansuhan visa di Jepun. Hehe..

Logo ICAO untuk Visa exemptions ke Jepun (Ihsan Google Images)

# Surat Kelulusan

Macam biasa, sebagai penjawat awam kenalah apply kelulusan ke luar negara. Kalau tak apply, jadi apa-apa kat sana nanti silap haribulan boleh kena surcharge. Nanti masuk dalam fail peribadi kang susah pulak. Takut tak sempat masuk dah keluar dari kerajaan. Huhu.. Nampak macam leceh, tapi apa nak buat. Bukannya susah pun nak apply. Cuma isi borang yang berkenaan dan hantar kat pejabat sekolah. Dalam 2-3 minggu dapatlah jawapan.. Saya yang menurut perintah..

Surat permohonan perjalanan yang dah diluluskan. Alhamdulillah..
# Travel Insurance

Yang ni saya ada buat kesilapan sikit. Bukanlah kesilapan yang utama, cuma saya confuse cara apply dan validity insurans dari kerajaan ni. Apa yang saya tau, insurans dari kerajaan cuma boleh apply setahun sekali je. Jika takde buat claim maka bolehlah saya apply lagi. Rupanya bukan camtu. Setelah merujuk pada pejabat sekolah, setahun memang cuma sekali je boleh apply, tak kira ada buat claim atau tidak. Maknanya saya dah tak boleh apply insurans dari kerajaan untuk ke Jepun sebab dah buat masa ke Indonesia. Kalau tau macam tu, baik saya apply untuk ke Jepun sebab trip lagi lama dan jauh berbanding Indonesia. Tapi bila fikir balik, macam mana kita nak tau yang kita akan ke luar negara lagi buat kali kedua dalam masa setahun? Kadang-kadang trip last minute baru jalan. Contohnya masa plan ke Indonesia saya takde terfikir nak ke Jepun. Saya pun apply insurans. Bila dah lulus baru terfikir nak ke Jepun. Tak dapat nak apply dah. Kalau ada buat claim tu lain la cerita. Kira logik la kalau tak boleh apply lagi untuk tahun yang sama. Macam mana agaknya orang kerajaan yang selalu keluar negara dalam setahun ye? Hmm.. Maka terpaksalah saya apply insurans yang lain. Kena bayar RM159.00 kat MHInsure.. Huhu..

Pamphlet MH Insure tentang pakej yang ditawarkan
Dah naik MAS baik amik insurans dari dia je.. Senang cerita..
# Google Maps

Kalau di UK, saya cuma guna GPS je untuk ke mana-mana destinasi yang saya nak pergi. Tapi di Jepun saya guna public transport. Kenderaan kaki akan banyak digunakan. Huhu.. Dah tentu letih punyalah. Saya menggunakan khidmat bantuan dari Google Maps. Nak tengok mana lokasi yang akan saya tuju. Bila bukak je Google Maps, banyak tulisan Jepun dari English. Camna nak baca? Tak pasti pulak kalau Google Maps ada option translate jadi semua English. Tapi nasib baik la nama tempat dalam English. Senang nak refer. Saya kena pastikan di station mana saya akan turun untuk ke lokasi kejadian. Macam trip sebelum ni, saya akan tukarkan mode view kepada 360 live view. Dapat hafal bangunan pun dah ok. Nanti sampai kat sana boleh refer balik memori bangunan yang saya dah tengok kat Google Maps. At least dapat jugak membantu walaupun tak sampai 10% pun. Huhu..

Osaka Map. Dapat study lokasi JR Train station pun dah cukup baik.. (Ihsan Google Maps)
# City Maps 2 Go

Kalau di Malaysia saya selalu gunakan application Waze untuk jadi guide saya. Kat Indonesia pun Waze boleh guna. Cuma di Jepun saya tak berapa pasti. Untuk mengelakkan daripada terjadi kes tak boleh guna, saya download application baru yang sama fungsinya, iaitu CityMaps2Go for Android. Nak lagi selamat saya siap download kat Ipad sekali sebagai back-up. Hehe.. Android hanya boleh download maksimum 5 maps. Tapi kalau Ipad unlimited. Maka saya pun download region yang penting dulu seperti Osaka, Tokyo, Kyoto, Nagoya dan Yokohama kat dalam smartphone. Untuk Ipad saya download region yang sama plus Nara dan Hakone (Mt. Fuji). Daripada review orang yang dah pernah pakai, majoritinya kata not bad guna apps ni. Saya pun terus tag semua lokasi yang saya nak tuju dalam CityMaps2Go. Bila dah rasa macam sesat nanti bolehlah rujuk. Hehe.. Yang bestnya apps ni boleh guna offline. Harap menjadi, InsyaAllah..

CityMaps2Go.. Harap accurate la apps ni.. (Ihsan Google Images)
# Hyperdia

Yang ni memang amat saya perlukan sebab saya akan naik public transport sepanjang masa berada kat sana. Hyperdia akan bagi kita suggestion route yang kita boleh pilih. Cuma taip dari mana nak kemana, tarikh dan masa perjalanan. Nanti akan keluar cadangan perjalanan, up to 10 routes!. Bukan setakat route je, harga tiket train pun ada. Memandangkan saya akan guna JR Pass, cuma harga tiket untuk subway dan train lain yang tak termasuk dalam JR Pass je yang saya amik perhatian. Overall, Hyperdia adalah application yang amat membantu saya. Saya terus setting route perjalanan saya di sana nanti. It is not 100% accurate, but still reliable. Saya download apps Hyperdia dalam smartphones sebagai back-up. Boleh refer di hari kejadian nanti. Saya juga buat hard copy dalam MSExcel khas untuk train schedule je. Standby sekiranya tetiba takde line internet masa nak guna. Selalunya macam tu lah yang berlaku kat line internet. Time betul-betul nak guna, time tu la takde line. Huhu..

Contoh route suggestion dari website Hyperdia. Info yang lengkap untuk perjalanan di Jepun..
# Halal Foods

Bab ni lah yang paling utama sebenarnya. Makan untuk hidup. Hehe.. Saya google mencari halal foods kat setiap lokasi kejadian di sana. Restoran halal di sana agak kurang. Ada satu restoran di Kansai Airport yang ada halal certificate dari Malaysia. Nanti boleh cuba. Disebabkan tak banyak restoran halal, jadi saya tiada option untuk buat pilihan. Mana yang saya jumpa saya tag kat dalam CityMaps2Go. Kebanyakannya adalah restoran dari middle-east, sama seperti di UK. Menu nasi beriani, kebabs and the gang.. Terpaksa makan walaupun tak minat. Malu makan akan kelaparan. Huhu.. Trip kali ni saya buat kelainan sikit. Saya bawak travel rice cooker dan sedikit ration seperti beras dan makanan dalam tin. Maggi dah tentu ada. Tak besar pun travel rice cooker tu. Cuma 0.3L je. Jadilah untuk 2 orang makan. Comel, tak makan space banyak dalam beg pun. Banyak jugak blog yang saya baca orang bawak rice cooker ke Jepun. Bukannya takde langsung restoran halal, tapi kerana source limited dan harga makanan yang agak mahal membuatkan diorang bawak makanan sendiri kot. Wallahualam.. Takpe, saya pun nak cuba bawak rice cooker. Kita tengok nanti apa jadi dengan rice cooker tu kat sana. First time saya bawak bekal nasi ke luar negara.. Hehe..

Yeah.. Bekalan makanan sudah siap sedia untuk terbang ke Jepun. Hehe..
Rasanya dah cukup maklumat dan persediaan yang saya buat untuk ke Jepun. Harap takde kejadian buruk yang berlaku kat saya dan wife semasa di sana. Bukan sahaja keselamatan diri, tapi termasuk juga kesihatan diri. Mt. Fuji yang bakal meletus perlu diambil perhatian. Shinkansen yang teramat laju tu pun perlu diambil langkah berjaga-jaga. Boleh kata semua yang bakal berlaku di sana perlulah sentiasa berhati-hati. Niat baik iaitu untuk cari pengalaman baru di negara orang yang utama. InsyaAllah perjalanan kami berdua selamat semuanya. Wallahualam..

Japan.. let's jom! Hehe.. (Ihsan Google Images)
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Insurans  : RM159.00
  - Ration     : RM77.50
  - Jumlah    : RM236.50

*Website yang membantu:

MHInsure

Google Maps

CityMaps2Go

Hyperdia

Halal Foods Japan

Monday 24 February 2014

JJCP Japan: Persiapan #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak dari beli tiket flight ke Osaka bulan April 2013 haritu, saya mula mencari info sebanyak yang mungkin tentang Jepun. Hari kejadian masih jauh lagi. Dapatlah saya google dengan tenang. Tak perlu nak rush mencari info. At least dalam seminggu, 2-3 hari google dah cukup. Accomodation, transportation, halal restaurants dan places to visit, semuanya saya kumpul dan susun dalam itinerary. Bermula kembali aktiviti menyusun itinerary seperti yang saya buat masa ke UK tahun 2012. Masa ke Indonesia saya cuma ahli jemaah je, tak perlu susah-susah nak cari info.

Tq Malaysia Airlines!.... Again.. (Ihsan Google Images)
# Flight ticket

Tiket yang dah dibeli adalah dari Malaysia Airlines. Kebetulan masa bukak kat bahagian 'deals of the day' ada tiket murah ke Osaka, Jepun. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang ada dalam wishlist nak melawat negara Jepun. Maka saya pun mintak wife saya booking return flight tickets ke Osaka untuk 2 orang. Takut tunggu lagi nanti naik pulak harga tiket. Memang betul pun. Lepas 2 minggu wife saya book tiket, harga ke Osaka dah menjadi RM899/return. Naik lagi RM100. Patutnya masa RM699 dulu saya grab terus. Huhu.. But RM799 is still cheaper than normal price.. Naik MAS tak perlu risau tentang hidden charges. Confirm fix RM799/return per person.

RM1,598.00 untuk 2 orang. Kira murah la jugak..
# Itinerary planning

Saya ada banyak masa nak setup itinerary di Jepun. Rancangan awal adalah nak ke Osaka, Kyoto, Nara, Nagoya dan Tokyo. Teringin juga nak ke Mt. Fuji kalau ada kesempatan dan peluang. Siapa yang tak pernah dengar tentang Mt. Fuji kalau bercerita tentang Jepun? Mercu tanda yang paling famous di Jepun. Struktur gunungnya yang bertompok putih salji di puncak dan dikelilingi oleh kawasan yang lapang. Mt. Fuji banyak menyimpan kisah silam yang menarik dalam sejarah negara Jepun. Mt. Fuji adalah gunung berapi yang masih lagi aktif. Saya ada mencari info tentang Mt. Fuji ni. Dinyatakan bahawa Mt. Fuji dah lama tak meletus, dan para saintis menganggarkan yang Mt. Fuji akan meletus semula selepas 300 tahun dari tarikh akhir ia meletus, iaitu jatuh pada tahun 2013/2014! Huhu.. Janganlah time saya pergi ia meletus pulak. InsyaAllah, ada rezeki dapatlah saya melihat puncak Mt. Fuji dari jarak yang paling dekat.

Mt. Fuji. Cantik pemandangannya.. (Ihsan Google Images)
Jadi saya pun susunlah itinerary trip to Japan. Ada jugak saya google tentang sewa kereta di sana. Tapi rasanya macam payah nak bawa kereta kat sana sebab masalah bahasa. Signboard pun kebanyakannya dalam tulisan Jepun. Takde masalah sebab GPS kan ada. Tapi saya buat keputusan untuk tidak menyewa kereta di sana. Antara sebabnya ialah saya nak naik Shinkansen. Hehe.. Teringin betul nak naik bullet train tu. Maka draf pertama itinerary direka. 

- Day 01: KLIA - Osaka
- Day 02: Osaka
- Day 03: Nagoya - Tokyo
- Day 04: Tokyo
- Day 05: Tokyo
- Day 06: Mt. Fuji - Kyoto
- Day 07: Kyoto
- Day 08: Nara
- Day 09: Osaka - KLIA

Susunan lokasi kejadian secara draft dah dibuat. Tapi mungkin akan berubah di saat akhir. Ikut pada tempat yang akan dilawati dan masa yang diambil. Waktu siang di Jepun lebih kurang sama seperti di UK, time winter waktu siang pendek. Jam 5.00 petang dah gelap. Kenalah susun betul-betul itinerary secara details nanti.

Adakah saya berpeluang naik salah satu darinya? (Ihsan Google Images)
# Currency

Aduh.. Bab ni pening kepala sikit. Jepun adalah antara negara maju yang agak tinggi nilai matawangnya. Tapi nilainya dikira dalam Yen (JPY) sahaja. Kira macam sen kat Malaysia, takde nilai ringgit. Dan cost living di Jepun memang teramatlah tingginya. Bila kira secara logik nampak macam duit kita besar sebab RM1 bersamaan dengan JPY31.50. Tapi hakikatnya takde pun barang di Jepun yang bernilai sebanyak tu. Semuanya main ribu-ribu yen je. Huhu.. Seperti biasa, saya ke money changer di Midvalley untuk tukar duit Yen. Asal saya pergi je mesti ramai orang tengah beratur. Sebab rate dia rendah dari money changer yang lain kot. Sebenarnya takde effect yang ketara kalau setakat nak tukar sikit je. Kat mana-mana pun boleh. Tapi kalau nak tukar banyak, memang kenalah cari yang betul-betul murah. Kadar tukaran waktu tu 1000JPY = RM32.47. Saya bundarkan kepada RM32.50 untuk memudahkan pengiraan. Berpeluh kejap bila pegang duit Yen. Tinggi nilainya. Saiz duitnya besar dan material kertasnya memang berkualiti. Itulah negara Jepun..

Money changer di tingkat bawah Midvalley. Sebelah eskalator je.
Ada dua money changer di sini yang ramai orang beratur
Nak tanya rate semasa boleh la call nombor ni atau masuk website dia
Hasil duit Yen yang dah ditukar dengan ringgit Malaysia.
# MATTA Fair @ PWTC

Bila dah tau currency Jepun tinggi, maka saya pun mula mencari lokasi accomodation yang sesuai dengan itinerary yang berpatutan harganya. Banyak jugak yang saya jumpa. Mulanya nak pilih ryokan, hotel yang berkonsepkan Japanese style. Ada yang murah tapi lokasinya amat jauh dari bandar. Yang paling murah di tengah bandar adalah capsule hotel. Tapi macam kurang privacy. Tidur beramai dalam capsule masing-masing. Huhu.. Hotel 1 hingga 3 bintang pun banyak, cuma lokasi tak sesuai. Maka saya pun hold dulu sebab MATTA Fair bakal berlangsung di PWTC pada awal bulan September. Mana tau dapat harga promotion untuk bilik hotel yang selesa dan harga yang berpatutan. Kalaulah Jepun ada Travelodge dan Premier Inn kan best. Hehe..

Japan capsules. Yang ni paling murah. (Ihsan Google Images)
Pada 6-8 September 2013, MATTA Fair berlangsung di PWTC. Hari pertama saya dah pergi. Saya ambil peluang untuk melihat pakej dan promosi yang diberikan. Inilah kali pertama saya pergi ke MATTA Fair. Sebelum ni wife saya je yang pergi sebab office dia sebelah PWTC je. Time lunch boleh running kejap. Hehe.. Lepas bayar entrance fee, saya mula explore dalam dewan. Memang pening kepala bila tengok macam-macam iklan promosi untuk percutian luar negara. Saya mencari booth untuk travel ke Jepun. Tak jumpa pun. Akhirnya saya tunggu wife saya habis kerja dan join sekali mencari booth Jepun. Rupanya ia terletak kat bangunan yang lagi satu. Hebat wife saya. Tau aje mana nak pergi. Kami ke bangunan sebelah. Masuk je terus nampak booth Jepun yang amat besar. Masa untuk mencari info sebanyak mungkin.

MATTA Fair @ PWTC
Antara pamphlet dan guide book yang saya ambil di booth Jepun
Di booth Jepun pulak ada banyak bahagian, mengikut negeri dan region di Jepun (betul ke Jepun ada negeri? Hehe..) Kami mencari bahagian travel to Osaka dan Tokyo. Akhirnya kami ke booth Japan Travel Bureau (JTB) yang terletak di hujung sekali. Mula-mula sorang staff Jepun yang berkimono datang melayan kami. Disebabkan tak berapa faham sangat penerangan dia, kami dilayan oleh sorang lagi staff, Erina Iwasaki. Nama Jepun tapi muka macam melayu je. Fasih pulak tu berbahasa melayu. Tak kisahlah, janji senang nak faham penerangan dari dia.

Boleh la call dia kalau nak dapat pakej dari JTB. Nice person..
# Accomodation

Di booth JTB tu kami telah diberi pilihan untuk memilih pakej yang ada di Osaka dan Tokyo. Masa tu ada pakej Visa Waiver Promo. Kebetulan promo tu sesuai dengan jangkamasa kami di sana. Lepas berbincang dengan wife, maka kami pun ambil dua pakej promo. Yang pertama adalah pakej 3 malam Sunshine City Prince Hotel (4-star) di Tokyo berharga RM595.00/person beserta diskaun Sunrise Tour dan yang kedua adalah pakej 3 malam Hotel Hearton Nishi-Umeda (4-star) di Osaka berharga RM595.00/person yang juga beserta diskaun Sunrise Tour. Bila dikira balik, tolak dengan diskaun tour, harga hotel yang kami perlu bayar adalah kurang dari RM300.00/night. Berbaloi la tu sebab hotel pun 4-star. Kami perlu tambah satu lagi hari bermalam di Osaka pada hari pertama. Kami terus booking Hotel New Osaka melalui JTB untuk malam pertama di Osaka yang berharga RM224.00. Saya pilih hotel tu sebab dekat dengan Shin-Osaka Station. Senang nak naik Shinkansen lepas check-out nanti. Selesai sudah hal accomodation di Jepun..

Visa Waiver Campaign - Tokyo deals
Yang ni pulak Osaka deals
# Tours

Mula-mula saya taknak amik tour di sana. Tapi disebabkan dapat diskaun, saya pun teruskan aje. Sunrise Tour menyediakan macam-macam pilihan dari pamphlet yang disediakan. Untuk di Tokyo kami pilih pakej 'Mt. Fuji-Hakone 1-Day Tour' yang berharga RM204.00/person dan di Osaka kami pilih pakej 'Real Kyoto Back Street Guided Cycling Tour' yang berharga RM102.00/person. Harga yang diberi adalah selepas tolak diskaun JPY5,000.00 untuk setiap pakej. Kira kami dapat diskaun JPY10,000.00/person untuk 2 tour, satu di Tokyo dan satu lagi di Osaka. Tak pasti murah atau tak, tapi masih berbaloi agaknya memandangkan hotel yang kami dapat pun adalah hotel 4-star. Yang penting kami tak perlu pening kepala nak cari tour yang sesuai dengan itinerary. Dapat jugak kami ke Mt. Fuji. Alhamdulillah..

Pamphlet Sunrise Tours. Macam-macam pakej ada disediakan.
Kami pilih pakej ni untuk Tokyo deals
Yang ni pulak kami pilih untuk Osaka deals
# Train tickets

Kat Jepun ada macam-macam jenis tiket train. Part ni memang saya pening sangat. Tak tau mana satu tiket yang bersesuaian yang saya perlu beli. Ada yang sehari, seminggu, sebulan, ada jugak yang ikut region, east, west. Fuhh, memang menyesal kalau silap beli. Tapi kalau betul-betul beli ikut itinerary memang boleh dapat save banyak, especially bila naik Shinkansen. Kebetulan tengah deal dengan Erina, saya terus bertanyakan tentang tiket train. Lepas saya ceritakan sikit tentang perjalanan kami di sana, Erina mencadangkan kami beli JR Pass yang mana cover sekali untuk naik Shinkansen. Tapi disebabkan masa dah suntuk untuk keluarkan JR Pass untuk hari tu, Erina mintak kami datang semula keesokan harinya. Dia juga bagi pilhan samada nak datang terus ke office JTB di Jalan Imbi sebab esok dia takde kat PWTC. Kami pun setuju nak jumpa dia esok di office JTB Jalan Imbi. Daripada nak meredah orang yang sesak kat PWTC baik pergi kat Jalan Imbi je.

Office JTB di Bangunan AMODA, Jalan Imbi.
Esoknya kami pergi ke JTB Jalan Imbi untuk selesaikan hal JR Pass. Tak semua orang boleh beli dan guna JR Pass ni. Untuk visitor, JR Pass memang kena beli di luar Jepun. Saya pun beli ordinary 7-day JR Pass untuk 2 orang yang berharga RM962.00/person. Mahal sungguh! Tapi bila dah tengok harga tiket single journey untuk naik Shinkansen, memang berbaloi pun beli JR Pass ni. Walaupun ada option lain yang murah iaitu naik night bus dari Osaka ke Tokyo. Dapat save satu malam bilik hotel sebab tidur dalam bas. Tapi saya memang teringin sangat nak naik Shinkansen. Bila lagi nak merasa.. Huhu.. Semua local train dan bas dibawah company JR boleh guna JR Pass ni. Cuma ada beberapa exception, iaitu jenis Shinkansen, monorail, subway dan beberapa hal lain. Tapi majoritinya JR Pass cover banyak public transport di Osaka dan Tokyo. Selesai membayar, Erina keluarkan Exchange Order yang mana kami kena tukar kepada JR Pass masa di sana nanti. Disebabkan kami ada 8 hari di sana, saya pun beli satu lagi tiket iaitu 1-Day JR-West Kansai Area Rail Pass yang berharga RM68.00/person. Banyak sungguh duit yang keluar sebelum ke sana. Huhu.. Silap haribulan lagi tinggi kos ke Jepun dari ke UK. Apa yang penting semua perkara utama dah selesai di Malaysia. Nanti di hari kejadian tinggal nak bawak duit belanja je.

Pamphlet mengenai jenis tiket JR Pass yang dijual
Info tentang siapa yang boleh pakai JR Pass dan route di Jepun
JR Pass exchange order yang kena ditukar bila sampai di sana
# Phone and Wifi

Banyak website yang saya cari tentang phone line kat sana. Kebanyakannya sewa dengan phone sekali sebab phone kita sendiri tak boleh nak guna simcard sana. Entah le. Memang susah betul nak faham tentang hal phone ni. Takkan simcard bentuk lain kot? Malas nak fikir, saya buat keputusan untuk guna je pakej yang Hotlink bagi untuk call from oversea. Itu pun saya tak pasti boleh apply ke tak untuk call dari Jepun ke Malaysia. International roaming confirm saya takkan switch on. Kenangan 'manis' kena charge RM500.00 tanpa guna phone langsung kat Australia masih lagi diingati. Huhu.. Guna prepaid ok sikit tapi call charge sure melambung tinggi. Takpelah.. Lagipun prepaid saya still ada banyak lagi sebab tak pernah guna. Cuma topup untuk hidupkan line je. Boleh la setakat nak call anak-anak sekejap selama seminggu kat sana nanti.

Tak pasti boleh ke tak guna pakej ni (Ihsan Google Images)
Dah selesai hal phone line, kena pikir pulak untuk Wifi. Apa yang saya dapat dari info tentang Jepun, Wifi cuma ada di kawasan yang tertentu je. Kat area coffee shop seperti Starbucks dah tentu ada. Tapi takkan kat Starbucks atau area tertentu je nak surf internet. Hotel mungkin ada, tapi kurang yakin dengan kekuatan signal Wifi. Akhirnya saya amik keputusan untuk cari mobile Pocket Wifi yang boleh disewa di Malaysia untuk dibawa ke sana. Kebetulan ada satu company Jepun di Malaysia yang buat servis mobile Wifi. Nama company tu Triangles Top Consulting Sdn. Bhd. (Global Mobile). Ada branch kat booth Hotlink di Arrival Area, KLIA. Saya terus call company tu untuk dapatkan harga. Alhamdulillah, masih ada lagi pocket Wifi yang available untuk tarikh yang saya pilih. Dah tolak diskaun 10% dapatlah dalam RM229.00 untuk sewa selama 8 hari. Tapi kena bayar deposit sebanyak RM600. Saya just swipe credit card untuk verification. Kalau return pocket Wifi tu dalam keadaan seperti sediakala, dapatlah balik duit deposit tu. Dapatlah kami surf internet 24/7 di sana. Harap coverage dia superb.. InsyaAllah..

Email confirmation of Pocket Wifi Rental
Flight ticket.... checked. Money exchange.... checked. Hotel.... checked. Tours.... checked. JR Pass.... checked. Phone.... checked. Wifi.... checked. Semua yang major dah selesai. Tinggal nak settlekan perkara tambahan seperti insurans, permohonan keluar negara, city map download, barang-barang yang nak dibawa, dan yang paling penting nak kemaskini itinerary bagi nampak sempurna dengan semua lokasi yang ingin dilawati.. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Masih mencari info yang berguna. Wallahualam..

Info tentang Japan Anime pun saya cari. Huhu.. (Ihsan Google Images)
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Flight ticket : RM1598.00
  - Hotel             : RM2604.00
  - Tours             : RM 612.00
  - JR Pass          : RM2060.00
  - Pocket Wifi   : RM 229.00
  - Jumlah          : RM7103.00

*Website yang membantu:

Malaysia Airlines

Money Exchange

Visit Japan

Japan Travel Bureau (Malaysia)

Sunrise Tours

Japan Rail Pass

Hotlink

Pocket Wifi Rental

Saturday 22 February 2014

Japan... Informasi awal..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bila dah beli tiket ke Jepun, mulalah saya mencari seberapa banyak info tentang negara matahari terbit ni. Negara yang pernah menjajah Tanah Melayu dan juga 'layanan' yang telah diberikan pada datuk dan nenek kita. Jahat sungguh orang Jepun ni.. Tapi itu semua dah menjadi sejarah. Kalau arwah atok dan nenek saya masih hidup lagi, dah tu tau pulak yang saya nak ke Jepun, mesti kena marah kan? Hehe..

Jepun - Zaman Perang dulu-dulu.. (Ihsan Google Images)
Encik Google telah memberikan begitu banyak info tentang Jepun ni.. Lagi banyak dari trip ke UK & Paris dulu. Pening kepala dibuatnya. Bila dengar tentang negara Jepun, mesti terpikir tentang barangan dari Jepun especially barang elektrik. Sape yang tak pernah dengar jenama Sony, Toshiba dan yang sewaktu dengannya? Cuma sekarang ni je baru barangan dari Korea mula bersaing hebat dengan Jepun. Itu baru barang elektrik. Kenderaan pulak lagilah famous. Honda, Toyota, Mitsubishi etc.. Dah belambak nampak kat jalanraya. Part kenderaan Korea kalah teruk. Hehe.. Masih belum masanya lagi kot..

Do you have a Honda? (Ihsan Google Images)
Apa yang boleh dikata tentang Jepun adalah tentang kreativiti dan inovasi mereka. Hebat betul diorang bila masuk bab teknologi ni. Malaysia masih terlalu jauh untuk menyainginya. Apa yang mata kasar kita nampak adalah barangan dan produk dari Jepun. Sebenarnya tunjang kejayaan negara Jepun adalah datangnya dari rakyatnya sendiri yang begitu berdisiplin. Ye betul, tahap disiplin yang memang susah nak dicapai dan diikut oleh rakyat kita sendiri. Saya suka betul tengok cerita dokumentari tentang Jepun. Memang betul-betul teruja dengan cara hidup rakyatnya dan bagaimana mereka bekerja untuk memajukan diri dan negara mereka sendiri. Ada satu slot dalam TV Al-hijrah tentang kehidupan rakyat Jepun. Ia menceritakan bagaimana mereka mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. sedangkan umat Islam sendiri susah nak mengikutnya. Bukannya hal yang besar, cuma hal susun kasut je. Bagaimana susunan kasut di Jepun berbanding dengan susunan kasut di masjid. Nampak macam simple je isu dia tapi kesannya sungguh mendalam. Ikut logik akal memang betul jugak apa yang cuba disampaikan oleh rancangan TV Al-hijrah tu.

Kat Jepun kasut memang tersusun (Ihsan Google Images)
Rakyat Jepun telah dilatih untuk berdisiplin sejak dari kecil lagi. Sebab tu tak menjadi masalah bila dah besar. Ibarat melentur buluh.. Kalau dah keras tak guna pun nak lentur. Melantun balik kena kepala sendiri adalah. Terus patah jadinya. Huhu.. Antara satu lagi dokumentari tentang rakyat Jepun yang saya masih ingat adalah tentang apa yang budak-budak Jepun belajar masa di awal persekolahan. Takde benda lain, semuanya tentang sivik je. Di sekolah kita, mata pelajaran sivik masih baru diperkenalkan. Kalau start dekat budak tingkatan 4 dan 5, memang takde kesan punyalah. Dah pernah ajar pun. Huhu..

Tunduk adalah cara yang terhormat di Jepun (Ihsan Google Images)
Dari segi bahasa pulak, orang Jepun tak perlu pun nak menguasai bahasa Inggeris. Bagi diorang, guna bahasa sendiri pun dah cukup untuk memajukan diri dan negara. Bahasa Inggeris tetap diajar di sekolah tapi cuma salah satu mata pelajaran yang biasa je. Janji belajar sudah cukup.. Huhu.. Negara kita pulak perlu mahir berbahasa Inggeris. Adakah sebab kita pernah dijajah oleh British? Tapi Jepun pun pernah jajah kita. Wallahualam.. Sememangnya bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa. Sebab tu kena belajar betul-betul. Apa yang penting sekarang kita di Malaysia memang kena menguasai bahasa Inggeris kalau nak maju ke depan. Hantar resume kena tulis mahir berbahasa Inggeris, time interview kena fluent speaking. Biarpun ala-ala ke pasar borong susunan bahasa Inggeris kita, yang penting faham soalan dan faham jawapan. Hehe.. Orang Jepun biar la dengan bahasa dia. Diorang sendiri dah buktikan dengan guna bahasa sendiri pun boleh maju. Saya pernah belajar bahasa Jepun ketika di sekolah dulu. Dari Tingkatan 1 sampai 4. Sekolah berasrama penuh, wajib amik satu bahasa asing. Saya prefer bahasa Jepun daripada Arab. Yang saya masih ingat adalah nama sensei yang ajar saya, Yuka Fujisawa. Ingat pun pasal dia comey. Ayat yang paling selalu dengar dari dia adalah 'hayaku' (cepat) sebab kami selalu lambat masuk kelas dia. Orang Jepun kan menepati masa. Lambat je nama terus dah ada kat Pengetua. Huhu.. Kalau tulisan pulak saya masih ingat tulis nama sendiri dalam tulisan Jepun je. Setakat perkenalkan diri tu masih boleh la sikit-sikit. Kecik-kecik tak nak belajar, dah besar menyusahkan orang. Hehe..

Antara jenis tulisan di Jepun (Ihsan Google Images)
Walaupun nampak macam saya ni mengagungkan negara Jepun, tapi tak semuanya perfect di sana. Dari segi kedudukan geografi, lagi baik di Malaysia. Tak perlu risau kes gempa bumi, gunung berapi, taufan dan lain-lain bencana alam. Walaupun ada jugak kes bangunan bergegar di Malaysia, tapi masih selamat, insyaAllah. Tsunami pun terkena jugak walaupun tak seganas di Acheh. Mungkin sebab muka bumi dah bergerak sikit kot. Wallahualam..

Tsunami di Jepun.. Scary.. (Ihsan Google Images)
Secara kesimpulannya, Jepun adalah negara yang maju. Ada yang baik, ada juga yang tak baik tentang negara Jepun ni. Yang baik bolehlah dijadikan contoh dan teladan. Yang buruk dibuang jauh-jauh. Inilah antara gambaran awal yang saya dapat tentang negara Jepun. Masih banyak lagi maklumat yang perlu dicari. Still searching the information for our trip to Japan... Wallahualam..

Satu-satunya sijil Jepun yang saya pernah dapat. Pertandingan melukis kot. Lupa..

Tuesday 18 February 2014

Pengalaman hidup baru bakal tercipta..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pertengahan bulan Mac 2013, sedang saya google website Malaysia Airlines dan Air Asia, hati saya tertarik pada promosi MAS untuk tiket flight ke Jepun. Kebetulan (ye ke?) offer yang diberi oleh MAS memang tak boleh diterima akal. RM699 return flight to Osaka. Biar betul?!.. Masa tu saya cuba bertanya pada kawan-kawan yang berminat untuk turut serta trip pengalaman hidup yang seterusnya, especially Fa (rakan sekerja saya) sebab dia pernah kata yang dia berminat nak ikut trip saya ke luar negara. Tapi nampaknya tiada respons. So, saya pun tak jadi nak booking tiket. Entah kenapa masa tu saya tak teruskan je booking tiket flight tu untuk saya dan wife. Banyak benda yang bermain di fikiran waktu tu kot. Wallahualam..

MAS Deals of the Day.. (Ihsan Google Images)
Bulan berikutnya, akhir bulan April 2013, saya cuba lagi google bahagian MAS deals of the day. Masih ada lagi tiket promo ke Osaka, tapi dah naik menjadi RM799 return. Still murah lagi. Saya terus discuss dengan wife saya. Dia memang tak pernah menolak bab-bab travel ni. Hehe.. Saya suruh wife saya check tarikh yang bersesuaian untuk travel di hujung tahun. Alasannya sebab cuti sekolah dan saya tak kena jaga SPM. Akhirnya tarikh yang bersesuaian dipilih, iaitu dari 21 November 2013 hingga 29 November 2013. Cukuplah kot 9 hari mencari pengalaman di Jepun. Nampaknya trip adventure dan romantika berduaan dengan isteri tercinta terjadi lagi. Dah seperti aktiviti tahunan pulak. Setahun sekali cukuplah. Saya tak inform pun pada Fa tentang booking tiket ni sebab rasanya dia tak berminat kot nak melawat negara Jepun. Takpe, next trip insyaAllah boleh join..

Japan.. Negara pulau.. (Ihsan Google Images)
Tiket flight dah booking. Walaupun rugi RM100/person untuk harga tiket, tapi masih lagi best deals. Yang berlalu biarkan berlalu.. Huhu.. Masa nak travel masih lama lagi. Saya ada masa 7 bulan untuk study tentang negara matahari terbit ni. Accomodation, transportation, must-see location dan yang paling penting, halal food! Hard Rock Cafe location pun termasuk sekali dalam pencarian. Semua tu nak kena prepare betul-betul sebelum terbang ke sana. 7 bulan diharapkan cukup untuk mencari semua info penting tentang Jepun dan menyusun itinerary dengan sempurna. Yang penting trip nanti mestilah berjalan dengan smooth dan memberikan kepuasan yang maksima kepada kami dengan berbekalkan budget yang seminima mungkin. Another country with high currency rate... again.. Huhu.. Rancangkan kerja dan kerjakan rancangan.. InsyaAllah berjaya.. Wallahualam..

Preparing for the next adventures!.. (Ihsan Google Images)

Saturday 15 February 2014

HRC Jakarta & Hobi yang terbaru..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

HRC latest addition

Hobi menyimpan koleksi t-shirt Hard Rock Cafe diteruskan lagi.. Bila dah berkunjung ke Jakarta, maka bertambahlah satu lagi item baru dalam koleksi HRC saya. Kebetulan HRC Jakarta baru memulakan operasi di Pacific Place, bersebelahan dengan Galeries LaFayette, shopping complex yang memang khas untuk orang yang betul-betul berkemampuan.. Jangan harap la nak nampak bajaj kat kawasan sekitar Pacific Place. Van pariwisata pun baru sekali saya nampak, yang mana saya naik van tu. Hehe.. Mungkin van Pak Wan adalah yang pertama menurunkan penumpang di Pacific Place.. Sungguh ekslusif tempat itu..

Koleksi terbaru HRC kami. Dua-dua kaler oren. Yang kanan tu city-tee.
Hobi terbaru.. ada lagi..

Masa kami berjalan di Bandung, kami sempat singgah minum di Starbucks. Tengah membelek cawan dan mug dekat rak, terlihat city mug Starbucks yang tertulis nama bandar. Hmm, idea baru untuk mengumpul koleksi city-mug Starbucks pun mula tercetus. Dah memang saya dan wife fanatik dan addicted dengan kopi caramel frappucino dan hot macchiato, apa salahnya simpan kenangan Starbucks dari luar negara. Lagipun Starbucks kebanyakkannya ada kat serata dunia. Cuma rasa terkilan bila fikir balik tentang negara yang dah pernah saya pergi sebelum ni. Rugi pulak tak beli. Mana la nak tau kan, nama pun hobi. Takpe, nanti boleh cuba cari kat mudah.my, kalau ada orang yang menjual city-mug Starbucks dari UK, Paris dan Australia. Kalau setakat Singapore tu takde masalah, time pergi Johor nanti boleh day-trip je ke sana.

Starbucks.. Ada di mana-mana.. (Ihsan Google Images)
Our first Starbucks city-mug. Bandung..
Collectible item from Jakarta..
Plot cerita yang sama seperti t-shirt HRC, balik Malaysia baru mencari city-mug Starbucks from Malaysia pulak. Hehe.. Nak cari city-mug ni lagi senang dari t-shirt HRC sebab kat setiap Starbucks ada jual. Maka kami pun pergi la ke Starbucks MRR2 kat Gombak, our favourite Starbucks hangout place. Dulu selalu ke Starbucks Cyberjaya, pot discussion dengan geng Starbucks, tapi sekarang dah lama tak berjumpa. Maka kami sekeluarga je la melepak kat Starbucks area yang dekat dengan rumah. Siap dah kenal dengan staff kat situ, Nash. Very nice and friendly person.. Kadang-kadang dapat macam-macam offer dari Starbucks lagi. Hehe..

My hometown, Kuala Lumpur..
Semua mug ni saya tak guna pun. Saje simpan buat koleksi kenangan. Walaupun guna mug ni kat Starbucks boleh dapat diskaun RM2, tapi saya gunakan yang lain yang mana dah sekian lama saya beli.. Tumbler dan venti glass yang sentiasa berada di sisi ketika keluar berjalan..

Yang transparent tu untuk cold frappucino, yang tengah ni untuk hot macchiato..
Itulah dia hobi latest saya. Simpan city-mug pulak. Masih lagi terkilan tentang hal HRC. Kenapa lah tak beli city-glass shot kat semua HRC yang saya dah pergi. Mesti cantik kalau dapat kumpul semuanya dan susun sekali dengan city-mug Starbucks kat dalam display cabinet. Huhu.. Yang dah berlalu biarkan berlalu. Harap-harap takdelah lagi hobi baru yang muncul untuk trip yang akan datang. Nanti terkilan lagi. Duit pun lagi banyak melayang. Apa-apa pun masih mengharapkan pembaca blog dan rakan-rakan yang akan bercuti dapat belikan untuk saya. Masih mencari t-shirt HRC Sydney dan city-mug Starbucks UK, Melbourne, Sydney, Canberra dan Paris. Kalau dapat pesan city-glass shot untuk semua lokasi HRC yang saya dah pergi pun ok jugak. Saya akan terus bank-in duit dalam akaun. Seriously! Hehe..